Saturday, February 16, 2008

ya Rabb...

Tuhan..
permudahkanlah segala urusanku..
lenyapkanlah kedukaan di hatiku..
Tuhan..
aku tahu Egkau mendengarku..
aku tahu Engkau melihatku..
hanya pada Mu tempat aku mengadu..
tempat aku memohon pertolongan
tabahkanlah hatiku
permudahkanlah urusanku..
tunjukkanlah kebenaran kepadaku..
ya Rabb..
sakitnya hati ini..
berilah aku kekuatan..
aku pohon dengan sesungguhnya kepadaMu kekasihku

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ.

“Tiada Tuhan yang berhak disem-bah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disem-bah selain Allah, Tuhan yang mengua-sai langit dan bumi. Tuhan Yang me-nguasai arasy, lagi Maha Mulia.”[1]

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ.

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”[2]

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ.

“Tiada Tuhan yang berhak disem-bah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”[3]

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا.

“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesua-tu.”[4]

ya Allah..........ya Muhaimin...........

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Laa ilaha ilallaahul ’azhiimul haliimu laa ilaaha ilallahu rabuul ’arsyil ’azhiim, laa ilaaha ilallaahu rabbussamaa waati wa rabbul ardhi wa rabbal arsyil kariim

“Tiada tuhan melinkan Allah Yang Maha Besar lagi Maha penyantun. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur ‘Arsy Besar. Tiada tuhan melainkan Allah Pengatur langit, Pengatur bumi dan Pengatur ‘Arasy mulia.” (H.R. Bukhari-Muslim)

KEAMPUNAN

Sewaktu Adam dan Hawa

memakan Quldi larangan,

Allah murka,

lalu mencampakkan mereka ke bumi nyata

Allah yang maha besar maha pengampun,

Mengampuni dosa mereka,

Walaupun dosanya seluas langit sebesar bintang

Itulah Allah pencipta kita

Segala dosa manusia,

Diampuninya

Apakah kita hambanya?

Tidak mahu mengampuni sesama kita?

Malulah kita kepada Allah

Tiada manusia sebesar Allah

Tiada manusia setanding Rasullulah

Tiada manusia sempurna sepenuhnya

Tiada manusia bebas dari kesilapannya

Ingatilah,

Setiap kesilapan bisa diperbaiki

Bimbinglah, pimpinlah mereka yang bersalah

Bukan mengeji bukan menghina bukan membenci

Kita Siapa untuk merebas sesama kita?

Sedarkah kita?

Jari yang menuding ke arah mereka,

Tiga jari ke arah kita,

Sebelum mengata, sebelum mengeji,

Cerminlah dahulu diri kita sendiri

Ingatilah,

Setiap kesilapan bisa diperbaiki

Bimbinglah, pimpinlah mereka yang bersalah

Bukan mengeji bukan menghina bukan membenci

Kita bukan Allah untuk merebas sesama kita

Sebelum mengata, sebelum mengeji,

Cerminlah dahulu diri kita sendiri

Wallahualam Bissawab