DI MANAKAH NILAI TUDUNG WANITA??
Assalamualaikum wbt.. alhamdulillah bersyukur ana kehadrat Ilahi kerana ana masih diberi peluang bernafas di bumi Allah ini dan sekali gus memberi ana kesempatan untuk meneruskan ana meng’update’ blog yang dah agak lama terbengkalai ini..heehehehe….
Topik kita pada kali ini ialah di manakah nilai tudung wanita?? Apakah tudung itu hanya sebagai syarat bagi mereka yang mengaku menutup aurat?? Ana masih musykil dengan persoalan2 ini..
Fenomena masalah pemakaian jilbab ini sering ana lihat dengan mata ana sendiri. Amat jarang untuk ana lihat seorang wanita yang mengaku dirinya muslimah bertudung dengan sempurna. Pasti saja ada cacat celanya. Mungkin mereka sedar mungkin juga tidak. Erm..wallahu a’lam..ana sendiri tak tahu apa terbuku di benak mereka..
Firman Allah swt:
“Dan katakanlah kepada orang2 perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala…….”
(surah al-Nur: 31)
Apa yang ana lihat sekarang ini terlalu banyak fesyen2 yang direka khas bagi wanita bertudung. Tujuannya mungkin untuk membuktikan wanita yang berjilbab pun boleh berpenampilan menarik. Tapi sayang… dahulu kecoh dengan fesyen tudung ala2 waheeda dan wardina. Alhamdulillah ana masih boleh terima fesyen yang sebegitu kerana masih tidak menyalahi aturan bertudung. Maksud ana di sini, tudung mereka masih menutupi dada dan belahan leher mereka. Tapi apa yang terjadi sekarang ini amat berbeza. Tudung semakin lama semakin mengecil. Hehe mungkin effect dari sabun pencuci yang mereka pakai agaknya. Makin dibasuh makin mengecil..hahahah lucu2….
Tak kurang juga ada wanita yang bertudung tetapi berpakaian sendat dan jarang hingga boleh menampakkan liuk lekuk tubuh badan mereka dan sekali gus boleh menaikkan syahwat sesiapa yang memandang. Apakah nilai tudung yang mereka pakai dikepala mereka kalau berpakaian sebegitu?? Astagfirullah…sedih nye bila melihat kaum sendiri seperti menempah tempat di neraka. Na’uzubillah…moga2 kita semua terhindar dari golongan seperti itu.
Selain itu, ada juga yang memakai tudung hanya pada hari2 tertentu sahaja. Mungkin itu hari istimewa bagi mereka. Apabila mendapat berita kematian barulah tudung dicari. Kadang tu ada yang tak sempat capai tudung, entah kain apa2 tah yang dicapainya. Kenapa mesti bila ada berita kematian sahaja baru nak pakai tudung?? Kalau ada yang pakai tudung sempurna tutup nya alhamdulillah.. tapi masih ada juga yang pakai tudung seperti ‘mickey mouse’. Pakai tudung tapi telinganya dikeluarkan. Mungkin nak tunjuk subang siapa yang lebih besar agaknya.. hahaha..lucu2..
Ape pula cerita bagi mereka yang pakai tudung tapi kain tudungnya jarang dan hanya tutup separuh kepala sahaja?? Sedangkan sehelai rambut yang dilihat oleh laki2 ajnabi pun Allah janji akan membakarnya di akhirat kelak, inikan menunjukkan jambul di depan. Tradisi ini cukup popular dalam kalangan orang2 kaya seperti datuk datin dan sebagainya. Tapi tak semua.. hanya segelintir sahaja.
Seterusnya kes wanita bertudung tapi membonceng jantan len. Ni kes parah tapi cukup digemari oleh remaja tatkala ini..ceh… yang paling dikesalkan bila pakai tudung, baju kurung tapi dok ngekor jantan
Oleh itu, ana seru kepada semua golongan lapisan umur terutama diri ana sendiri marilah sama-sama kita mengubah diri kita. Marilah kita sama-sama berislah. Perbaiki cara pakaian kita insyaAllah kita akan membantu membawa imej yang baik dalam agama Islam sekali gus diberkati dan disayangi oleh al-Khaliq. Amin ya Rabb amin ya Rahman amin ya Rahim.. amin ya Rabbal a’lamin..

