Saturday, June 7, 2008

Mari Kita Ramai2 Boykot...


sanggup ke kita semua menyumbang duit kepada orang kafir?? sudahlah kita ni tak membantu mangsa2 tindasan mereka..(kalau ada yg bantu alhamdulillah jazakallah khaira)..
tapi bagi yang tak berkemampuan untuk hulurkan sumbangan atau apa saja pada mangsa2 peperangan seperti palestin dan lain2..marilah kita sama2 boikot barangan2 keluaran yahudi laknatullah ni..sekurang2nya kita dapat menyelamatkan wang kita dari disalah guna..ini kerana setiap wang yang kita bayar itu akan dihantar kepada 'bos' besar dorang dan digunakan untuk membeli dan mengimport peluru2 dan senjata api yang lain bagi menindas dan membunuh orang Islam yang lemah..walau pun makanan atau barangan tu sesedap mana pun atau kita dah biasa guna..tapi kalau keluaran belanda atau yahudi,israel dan kafir2 yg lain..berkorbanlah sedikit..tolak nafsu nak makan mc donald dan kfc tu...tak kemana pun benda2 tu..kalau kita sanggup berkorban sekarang demi mempertahankan deenul Islam ni..insyaAllah di syurga nanti macam2 kita akan dapat..dan jauh lebih baik dari apa yang dunia ni tawarkan..itu janji Allah bagi hamba2Nya yang beriman...insyaAllah...innallaha ma'assobirin

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan
petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)

dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan

mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan
hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
kemenangan yang besar

Friday, June 6, 2008

Kematian Panggilan Yang Tak Diduga

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.Sebelum itu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat."Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah........."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Insan yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?"Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. Datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kaulafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". Sayup-sayup kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan.

"Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang,"Nenek...........". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. " Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". Ayah.......kau datang ayah.......". "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi??Kenapa kau ?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah......".Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang."Apa ini,apa ini?.Akulah sakaratul maut.......!!!!!!". Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik, loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".

"Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.Ya! aku teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.Apa yang aku harus lakukan!!!!! SurahYassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat Kak Long dan Kak Ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!". Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?"

Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah"."Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup-sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.

"Nanti!Nanti!Tolong! Tolong ayah,ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

- SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK... DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

Tuesday, June 3, 2008


Ya Allah betapa hamba rindu
Pada sahabat-sahabat hamba
Hamba rindu saat mereka ketawa
Saat kami bersenda gurau
Tanpa mengira perbezaan umur
Perhubungan kami begitu akrab
Hingga menimbulkan rasa rindu di hati
Andai berpisah sehari
Tapi mengapa kini..
Segalanya seolah tidak pernah terjadi
Persahabatan kami seolah tidak pernah terjalin
Mungkin mereka sibuk dengan urusan mereka
Tapi..apakah sedikit waktu pun tidak ada
Barang sesaat buat hamba??
Hamba tidak minta lebih Tuhan..
Cukuplah hanya satu mesej khabaran
Dari mereka
Sebagai tanda ukhwah kami
Masih terjalin meski jarang berhubung
Dan sebagai pengubat hati yang bimbang
Bimbang dengan kesihatan mereka
Apakah cuma hamba yang merindui saat itu?
Bodohkah hambaMu ini ya Tuhan??
Tidak..hamba begitu cinta ukhwah yang telah
Hamba jalinkan suatu ketika dahulu
Meski diri ini dilupai sekalipun
Ukhwah fillah tetap di hati hamba
Hamba insan kerdil
Kehilangan dan dilupakan sahabat
Tidak mengapalah..tidak begitu
Terasa meskipun terkadang
Perit untuk hamba menerima..
Namun, jika kehilangan cinta
Dan kasih sayang dari Mu Tuhanku..
Binasalah hidup hamba..
Engkau pun tahu itu wahai Tuhanku..

-ukhwah fillah di hati selamanya di hati-




Monday, June 2, 2008


Ya Allah Engkau Tuhanku

Tiada Tuhan melainkan Engkau

Ya Allah Engkau cinta Agungku

Nabi Muhammad pesuruhMu

Ya Allah Engkau sumber bahagia

Engkau sumber keselamatan

Ya Allah Engkau sumber keamanan

Engkau adalah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku

Engkaulah sumber rezekiku

Di waktu sakit Kau sembuhkan

Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau cinta Agungku

Cintaku haraplah dibalas

Ya Allah Engkau cinta Agungku

Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan

Pimpinlah aku ke jalan yang benar

Kepada Engkaulah harapanku

Janganlah hampakan perasaanku

Sempurnakanlah dirimu

Zaman dahulu kala, jika kita perasan kebanyakan rancangan2 realiti tv, pengacara dan wartawannya tidak bertudung dan jika bertudung pun pakainnya masih menutup aurat. Mungkinlah ada segelintir yang jahil dalam cara berpakaian. Namun, apa yang ana sedih sangat2 sekarang ni bila ana buka tv pengacara2 dan wartawan2 yang bertudung sudah berubah penampilannya. Dulu masa mula2 kerja pakaian sopan. Tudungnya walaupun dililit 360 darjah pun masih menutupi dada dan busananya agak longgar. Tapi apa sudah jadi sekarang?? Yang dulunya berpakaian longgar sekarang dah makin sempit. Kadang2 bajunya longgar tapi sengaja dipakaikan belt di pinggang nya. Tak tau la pe fungsinya. Mungkin sekadar fesyen atau ingin mempamerkan pinggangnya yang ramping ana tak taulah. Apa pun tepuk dada tanyalah diri sendiri mengapa berpakaian sebegitu. Tudung pun dahulunya menutupi dada kini hanya menutupi lehernya sahaja. Ada juga segelintir yang sekarang ni hanya pakai tudung tapi dililit hingga jadi kecik macam anak tudung. Wakakaka lawaknye…macam pakai songkok je. Kalau ye pun nak berpakaian macam tu tengok tempatlah.. ini dalam rancangan yang ‘islamic’ pakai tudung kecik, baju sendat. Malu wei…kalau ye pun tak malu tolongla fikirkan kaum yang sama jenis ni.. malu. Ingat orang luar(agama lain) tak mengata ke?? Dorang mengata kita je yang tak tau. Dorang kutuk muslimah kita je yang tak peka. Tengokla sampaikan di luar negara sana dorang wat tandas bentuk gambar perempuan berjilbab. Memang kurang ajar. Tapi masalahnya kita ni nak marah2 orang pernah tak fikir kita ni berpakaian dah betul ke?? Kalau pakai tudung tapi tak sempurna kenapa mesti marah bila orang memperlekehkan wanita memakain tudung?? Dorang tu mengejek kita sebab dorang tengok wanita sekarang pakai tudung macam mainan. Sebab tu dorang pun bawak main sama tudung tu. Sebelum bertudung tu, pandang cermin dan fikirkanlah kalau aku pakai tudung tak sempurna tentu aku akan diperlekehkan oleh orang ramai dan ini akan turut bagi effect pada muslimah bertudung sempurna yang lain. Kalau semua melakukan ini sudah pasti tidak akan wujud wanita bertudung tapi cacat. Bagi yang mula nak belajar bertudung tu tak salah la. Mungkin dia baru nak biasakan diri. Tak mengapa.

Perlahan-perlahanlah..lama kelamaan pasti sempurna. Tapi janganlah bila nawaitu di hati dah baik nak berubah tapi kembali mengulangi amalan lama. Itu dah terpesong. Tak dapek den nak nolong agi..tapikan kalau orang yang baru nak berjinak2 dengan jilbab ni janganlah minta nasihat dari orang yang bertudung tapi serupa tak bertudung ni. Kita ni berbicara menasihati memang mudah je.. semudah belajar ABC. Tapi kalau pandai cakap je tak jalan gak..silap2 orang yang nak belajar bertudung tu jadi macam die lak. Carilah seseorang yang berpakaian mematuhi syara’. insyaAllah dirinya juga akan jadi sebegitu. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kalau dah gurunya baik pasti anak muridnya baik juga. insyaAllah. Selain menasihati kita juga kenalah amalkannya. Ana ni pun tak sempurna sangat.. jadi teguran2 ini sebenarnya khas ana tujukan buat diri ana dan sahabat2 sekalian. Semuga kita sama2 berubah dan semuga apa yang kita lakukan diberkati Allah termasuklah cara kita berpakaian. Semuga kita menjadi muslimah yang sejati baik akhlaknya dan sempurna pakaiannya. Aamiiin ya Rabbal ‘alamin..



p/s: maaf kerana kesalahan yang terdapat dalam gambar ini kurang jelas. jika ingin mengetahui lebih lanjut mengapa ana katakan cara mereka berpakaian salah, silalah click pada gambar tersebut. insyaAllah akan lebih jelas tulisannya.. (",)


Sunday, June 1, 2008

KAWAN


Apa itu kawan??apakah yang dimaksudkan dengan kawan?? Ana pernah bertanya kepada seseorang apa yang beliau faham tentang istilah kawan? Katanya, “kawan ialah tempat untuk kita berborak dan bersembang.” Kalau begitu apa pula maksud kenalan??apakah bezanya kenalan, kawan, sahabat, dan teman?? Adakah mempunyai maksud yang sama?? Begitu banyak persoalan yang timbul di benak ana bila soal kawan dibangkitkan.

Salah seorang saudara seislam ana ada mengatakan jika seseorang itu kita kenal dan gunakannya untuk berborak, maka itu ialah kenalan. Kawan pula ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada kita. Katanya kita hanya perlu berkawan bila ada urusan yang memerlukan kita berhubung dgn orang itu sahaja. Sekiranya tiada, tidak perlu dijadikan kawan. Katanya lagi, dari kenalan, kita akan dapat kawan, dari kawan kita akan dapat sahabat dan dari sahabat kita akan mendapat teman.

Kata sahabat ana yang lain, sahabat ialah tempat untuk kita mengadu dan meluahkan masalah. Begitu banyak pendapat.. ada yang ana setuju dan ada yang ana kurang setuju. Pada ana, jika kawan itu fungsinya hanya tempat untuk kita berborak, tak payah berkawan pun takpe..ramai lagi orang di luar sana yang kita boleh ajak bersembang.

Bagi ana yang gemar berkawan dan berkenalan, ana menganggap semua orang kawan ana walaupun kadangkala ada segelintir yang tidak suka berkawan dengan ana. Amat susah untuk ana mentafsirkan dan mengiktiraf seseorang yang ana kenal sebagai ‘sahabat’ yang sejati. Memang berbeza antara kawan dan sahabat. Kawan mudah untuk kita dapati dan kawan juga amat mudah untuk dicari tatkala kita senang. Tapi kawan ‘susah’ amat payah untuk dicari dalam berjuta umat manusia.

Kawan umpama pasir di pantai. Namun di antara berjuta timbunan pasir tersebut pasti ada tersimpan sebutir mutiara yang bergelar ‘sahabat’. Sahabat merupakan kawan, kenalan, dan teman yang senantiasa ada bila diperlukan, tidak jemu memberi malahan tidak pernah meminta. Sanggup berduka demi sahabatnya dan sanggup berkorban jika perlu. Tidak pernah membezakan antara dirinya dengan sahabatnya dan tidak lokek dalam membantu sahabat yang dalam kesulitan. Malahan sahabat yang baik akan saling mengingati antara satu sama lain. Tidak ingin sahabatnya ketinggalan dalam apa pun.

Namun, dalam zaman era globalisasi ini masih wujudkah insan yang bergelar ‘sahabat’? payah untuk ana mengiyakannya. Namun, itu bergantung kepada individu. Kebanyakkan orang ingin berkawan dengan kita hanya untuk mendapat faedah buat dirinya sahaja. Ana ada kisah yang menggambarkan tentang dua orang yang mengaku bersahabat sejati.

Ceritanya begini:

Alkisah dua orang yang bersahabat baik semasa sekolah rendah lagi. Persahabatan mereka terlalu kukuh sehinggakan mereka sukar untuk berpisah. Biarlah ana namakan mereka A dan B. A dan B bersetuju untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah yang sama. Mereka sering berdua. Apa2 pun dilakukan berdua sahaja. Hinggakan ada mata2 yang cemburu dengan persahabatan mereka dan mengatakan mereka (lesbian). Alangkah sedihnya hati bila dianggap begitu. Namun, oleh kerana dalam hati masing2 sudah tertanam rasa cinta sebagai sahabat, kata2 ejekan sebegitu dibiarkan saja berlalu di bawa angin. Pada suatu hari, B yang sering berdua dengan si A hinggakan duduk pun sering berdua, kelihatannya seperti ingin menjauhkan diri. B seorang yang bijak otaknya. Sedangkan A hanya seorang yang sederhana. B sentiasa mendahuluinya. B mula bertukar tempat duduk dan bergaul dengan rakan2 yang bijak sahaja. Perubahan tersebut amat ketara. A mula berasa sedih. Dia mula menyalahkan diri. Mungkin dia tidak pandai jadi B mencari sahabat lain. Namun, A yang terlalu manyayangi sahabatnya itu, membiarkan sahaja B pergi dan seperti melupakan kewujudannya. Tiada lagi ikatan mesra. Si A mula didekati oleh si C. A dan C mula berkawan dan kelihatannya agak rapat. B cemburu dengan keakraban mereka dan mengatakan A khianat dalam bersahabat kerana dengan mudah melupakan dirinya. Padahal A tidak pernah berfikiran sedemikian meskipun dia mempunyai kawan baru namun di hatinya B tetap sahabatnya yang sejati. Namun, apabila masing2 sudah menginjak umurnya, kedua2 nya seperti sudah berbaik semula dan mengambil keputusan utk berpindah ke sekolah yang lain tapi bersama. (maksudnya nk sekolah yang sama lah). Tapi sayangnya..si B permintaanya ditolak oleh pihak sekolah tersebut. Maka keduanya terpaksa berpisah. Namun, masing2 tetap berhubung melalui ncet. Malangnya, mereka berhubung tidak lama. Ikatan persahabatan itu seolah2 terkubur begitu saja. Seperti tidak pernah terjalin langsung. Si A masih setia mengingati si B. walaupun A jarang berhubung melalui telefon, namun A mencuba cara lain untuk berhubung. A sering menghantar emel pada B. tapi mesej2nya jarang dilayan. Mungkin si B sibuk. A cuba mengubati hati. Dalam keseorangan tanpa B menemani, C mula menemani A. A mula berasa seperti dirinya tidak keseorangan lagi. A dan C mula bersahabat baik dan pernah berjanji untuk menjadi sahabat selamanya tak kira apa pun berlaku. Walaupun begitu, B tetap diingati. Tapi sayangnya perkara yang sama berlaku, apabila C berpindah jauh ke sekolah lain, A ditinggalkan lagi sama seperti B. A seolah dilupai. Bertimbun mesej, emel dan kata2 semangat dihantar namun tiada satu pun yang mendapat balasan. A mula rasa kecewa dengan sikap dan perubahan yang berlaku pada dua orang sahabat yang dicintainya itu. Meskipun dirinya dilupai tapi di hatinya A dan C tetap sahabat sejati yang dicintainya dan jika dirinya perlu berkorban sekalipun demi kebahagiaan sahabatnya itu, dia malah rela seadanya. Baginya sekali dia menganggap orang itu sahabat, selamanya menjadi sahabatnya walaupun hanya dia yang beranggapan sebegitu. Dalam hati dia tetap menanam harapan semuga dirinya tak dilupai.

Begitulah kisah sahabat yang pernah ana baca. Tidak salah untuk kita mempunyai sahabat lebih dari seorang asalkan persahabatan itu diselit dengan rasa kejujuran dan kesetiaan. Persahabatan itu sesuatu yang indah jika masing2 setia. Persahabatan samalah seperti ukhwah. Ukhwah itu bukan terletak pada indahnya pertemuan tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam setiap doa’nya. Ukhwah fillah di hati takkan hilang walau badai menempuh sekalipun. Itulah nilai persahabatan yang sejati.

Ana sering berharap tak mengapalah jika diri ini dilupai namun ana berharap janganlah sesekali diri ini melupakan sahabat2 yang lain. Sahabat yang sejati meskipun jauh berbatu, jarang menghantar mesej namun sentiasa mengingati dan mendoa’kan sahabatnya yang lain di dalam setiap solatnya.

“Bertemu dn berpisah ibarat sebuah cerita yg tiada hentinya selagi kita masih bernafas di dunia ini. KAWAN umpama pasiran ditepian pantai yg sentiasa berubah apabila datangnya ombak, namun SAHABAT adalah antara butiran pasir di pantai yg berkilau tanpa kita sedari adalah seorang yg mampu menyinari kehidupan ini.

Hargailah yg satu itu kerana kilauannya bukan mudah kita miliki namun ianya antara yg mampu memberi cahaya kecerian dalam hidup ini. SEPI ITU INDAH namun kesepian tanpa sahabat bagaikan dunia yg sunyi dan gelap gelita.”

MaRiLaH KiTa CoNtOhi RaSuLLuLLah DaN PaRa SaHaBaT DiDaLaM BeRsAhAbAt..

Sahabat yang baik membawa kita kepada kebenaran,

Sahabat yang setia senang dan susah tidak pernah melupa,

Sahabat yang sejati membawa kita kejalan Allah.

Semuga kita semua menemui sahabat sejati yang mampu membawa kita menuju cintaNya. Persahabatan itu baik tapi jangan sesekali dikhianati. Sahabat yang baik sentiasa memaafkan satu sama lain walaupun ketika berdaya untuk melawan. Maaf itu penghujung sabar dan kemaafan itu amat payah untuk diberikan. Namun hanya dengan kemaafan sahaja mampu membuat hati kita menjadi tenang biarpun parut di hati tetap kekal.