Zaman dahulu kala, jika kita perasan kebanyakan rancangan2 realiti tv, pengacara dan wartawannya tidak bertudung dan jika bertudung pun pakainnya masih menutup aurat. Mungkinlah ada segelintir yang jahil dalam cara berpakaian. Namun, apa yang ana sedih sangat2 sekarang ni bila ana buka tv pengacara2 dan wartawan2 yang bertudung sudah berubah penampilannya. Dulu masa mula2 kerja pakaian sopan. Tudungnya walaupun dililit 360 darjah pun masih menutupi dada dan busananya agak longgar. Tapi apa sudah jadi sekarang?? Yang dulunya berpakaian longgar sekarang dah makin sempit. Kadang2 bajunya longgar tapi sengaja dipakaikan belt di pinggang nya. Tak tau la pe fungsinya. Mungkin sekadar fesyen atau ingin mempamerkan pinggangnya yang ramping ana tak taulah. Apa pun tepuk dada tanyalah diri sendiri mengapa berpakaian sebegitu. Tudung pun dahulunya menutupi dada kini hanya menutupi lehernya sahaja.
Perlahan-perlahanlah..lama kelamaan pasti sempurna. Tapi janganlah bila nawaitu di hati dah baik nak berubah tapi kembali mengulangi amalan lama. Itu dah terpesong. Tak dapek den nak nolong agi..tapikan kalau orang yang baru nak berjinak2 dengan jilbab ni janganlah minta nasihat dari orang yang bertudung tapi serupa tak bertudung ni. Kita ni berbicara menasihati memang mudah je.. semudah belajar ABC. Tapi kalau pandai cakap je tak jalan gak..silap2 orang yang nak belajar bertudung tu jadi macam die lak. Carilah seseorang yang berpakaian mematuhi syara’. insyaAllah dirinya juga akan jadi sebegitu. Bagaimana acuan begitulah kuihnya. Kalau dah gurunya baik pasti anak muridnya baik juga. insyaAllah. Selain menasihati kita juga kenalah amalkannya. Ana ni pun tak sempurna sangat.. jadi teguran2 ini sebenarnya khas ana tujukan buat diri ana dan sahabat2 sekalian. Semuga kita sama2 berubah dan semuga apa yang kita lakukan diberkati Allah termasuklah cara kita berpakaian. Semuga kita menjadi muslimah yang sejati baik akhlaknya dan sempurna pakaiannya. Aamiiin ya Rabbal ‘alamin..

p/s: maaf kerana kesalahan yang terdapat dalam gambar ini kurang jelas. jika ingin mengetahui lebih lanjut mengapa ana katakan cara mereka berpakaian salah, silalah click pada gambar tersebut. insyaAllah akan lebih jelas tulisannya.. (",)

