
Salah seorang saudara seislam ana ada mengatakan jika seseorang itu kita kenal dan gunakannya untuk berborak, maka itu ialah kenalan. Kawan pula ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada kita. Katanya kita hanya perlu berkawan bila ada urusan yang memerlukan kita berhubung dgn orang itu sahaja. Sekiranya tiada, tidak perlu dijadikan kawan. Katanya lagi, dari kenalan, kita akan dapat kawan, dari kawan kita akan dapat sahabat dan dari sahabat kita akan mendapat teman.
Kata sahabat ana yang lain, sahabat ialah tempat untuk kita mengadu dan meluahkan masalah. Begitu banyak pendapat.. ada yang ana setuju dan ada yang ana kurang setuju. Pada ana, jika kawan itu fungsinya hanya tempat untuk kita berborak, tak payah berkawan pun takpe..ramai lagi orang di luar
Bagi ana yang gemar berkawan dan berkenalan, ana menganggap semua orang kawan ana walaupun kadangkala ada segelintir yang tidak suka berkawan dengan ana. Amat susah untuk ana mentafsirkan dan mengiktiraf seseorang yang ana kenal sebagai ‘sahabat’ yang sejati. Memang berbeza antara kawan dan sahabat. Kawan mudah untuk kita dapati dan kawan juga amat mudah untuk dicari tatkala kita senang. Tapi kawan ‘susah’ amat payah untuk dicari dalam berjuta umat manusia.
Kawan umpama pasir di pantai. Namun di antara berjuta timbunan pasir tersebut pasti ada tersimpan sebutir mutiara yang bergelar ‘sahabat’. Sahabat merupakan kawan, kenalan, dan teman yang senantiasa ada bila diperlukan, tidak jemu memberi malahan tidak pernah meminta. Sanggup berduka demi sahabatnya dan sanggup berkorban jika perlu. Tidak pernah membezakan antara dirinya dengan sahabatnya dan tidak lokek dalam membantu sahabat yang dalam kesulitan. Malahan sahabat yang baik akan saling mengingati antara satu sama lain. Tidak ingin sahabatnya ketinggalan dalam apa pun.
Namun, dalam zaman era globalisasi ini masih wujudkah insan yang bergelar ‘sahabat’? payah untuk ana mengiyakannya. Namun, itu bergantung kepada individu. Kebanyakkan orang ingin berkawan dengan kita hanya untuk mendapat faedah buat dirinya sahaja. Ana ada kisah yang menggambarkan tentang dua orang yang mengaku bersahabat sejati.
Ceritanya begini:
Alkisah dua orang yang bersahabat baik semasa sekolah rendah lagi. Persahabatan mereka terlalu kukuh sehinggakan mereka sukar untuk berpisah. Biarlah ana namakan mereka A dan B. A dan B bersetuju untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah yang sama. Mereka sering berdua. Apa2 pun dilakukan berdua sahaja. Hinggakan ada mata2 yang cemburu dengan persahabatan mereka dan mengatakan mereka (lesbian). Alangkah sedihnya hati bila dianggap begitu. Namun, oleh kerana dalam hati masing2 sudah tertanam rasa cinta sebagai sahabat, kata2 ejekan sebegitu dibiarkan saja berlalu di bawa angin. Pada suatu hari, B yang sering berdua dengan si A hinggakan duduk pun sering berdua, kelihatannya seperti ingin menjauhkan diri. B seorang yang bijak otaknya. Sedangkan A hanya seorang yang sederhana. B sentiasa mendahuluinya. B mula bertukar tempat duduk dan bergaul dengan rakan2 yang bijak sahaja. Perubahan tersebut amat ketara. A mula berasa sedih. Dia mula menyalahkan diri. Mungkin dia tidak pandai jadi B mencari sahabat lain. Namun, A yang terlalu manyayangi sahabatnya itu, membiarkan sahaja B pergi dan seperti melupakan kewujudannya. Tiada lagi ikatan mesra. Si A mula didekati oleh si C. A dan C mula berkawan dan kelihatannya agak rapat. B cemburu dengan keakraban mereka dan mengatakan A khianat dalam bersahabat kerana dengan mudah melupakan dirinya. Padahal A tidak pernah berfikiran sedemikian meskipun dia mempunyai kawan baru namun di hatinya B tetap sahabatnya yang sejati. Namun, apabila masing2 sudah menginjak umurnya, kedua2 nya seperti sudah berbaik semula dan mengambil keputusan utk berpindah ke sekolah yang lain tapi bersama. (maksudnya nk sekolah yang sama lah). Tapi sayangnya..si B permintaanya ditolak oleh pihak sekolah tersebut. Maka keduanya terpaksa berpisah. Namun, masing2 tetap berhubung melalui ncet. Malangnya, mereka berhubung tidak lama. Ikatan persahabatan itu seolah2 terkubur begitu saja. Seperti tidak pernah terjalin langsung. Si A masih setia mengingati si B. walaupun A jarang berhubung melalui telefon, namun A mencuba cara lain untuk berhubung. A sering menghantar emel pada B. tapi mesej2nya jarang dilayan. Mungkin si B sibuk. A
Begitulah kisah sahabat yang pernah ana baca. Tidak salah untuk kita mempunyai sahabat lebih dari seorang asalkan persahabatan itu diselit dengan rasa kejujuran dan kesetiaan. Persahabatan itu sesuatu yang indah jika masing2 setia. Persahabatan samalah seperti ukhwah. Ukhwah itu bukan terletak pada indahnya pertemuan tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam setiap doa’nya. Ukhwah fillah di hati takkan hilang walau badai menempuh sekalipun. Itulah nilai persahabatan yang sejati.
Ana sering berharap tak mengapalah jika diri ini dilupai namun ana berharap janganlah sesekali diri ini melupakan sahabat2 yang lain. Sahabat yang sejati meskipun jauh berbatu, jarang menghantar mesej namun sentiasa mengingati dan mendoa’kan sahabatnya yang lain di dalam setiap solatnya.
“Bertemu dn berpisah ibarat sebuah cerita yg tiada hentinya selagi kita masih bernafas di dunia ini. KAWAN umpama pasiran ditepian pantai yg sentiasa berubah apabila datangnya ombak, namun SAHABAT adalah antara butiran pasir di pantai yg berkilau tanpa kita sedari adalah seorang yg mampu menyinari kehidupan ini.
Hargailah yg satu itu kerana kilauannya bukan mudah kita miliki namun ianya antara yg mampu memberi cahaya kecerian dalam hidup ini. SEPI ITU INDAH namun kesepian tanpa sahabat bagaikan dunia yg sunyi dan gelap gelita.”
MaRiLaH KiTa CoNtOhi RaSuLLuLLah DaN
Sahabat yang baik membawa kita kepada kebenaran,
Sahabat yang setia senang dan susah tidak pernah melupa,
Sahabat yang sejati membawa kita kejalan Allah.
Semuga kita semua menemui sahabat sejati yang mampu membawa kita menuju cintaNya. Persahabatan itu baik tapi jangan sesekali dikhianati. Sahabat yang baik sentiasa memaafkan satu sama lain walaupun ketika berdaya untuk melawan. Maaf itu penghujung sabar dan kemaafan itu amat payah untuk diberikan. Namun hanya dengan kemaafan sahaja mampu membuat hati kita menjadi tenang biarpun parut di hati tetap kekal.

