Tuesday, February 5, 2008

Ya MUHAIMIN bimbinglah daku…

Ya Tuhan..

Dalam perjalanan menempuh hari-hari dalam hidupku,

Selangkah ke hadapan diriku bimbang..

Bimbang akan ada dosa-dosa yang bakal aku lakukan,

Selangkah ku berpaling ke belakang..

Hatiku sayu terkenangkan dosa noda yang pernah ku lakukan,

Oh Tuhan….

Apakah selamanya aku akan begini??

Hidupku di dalam resah gelisah,

Apakah ini ujian atau balasan atas dosa-dosa ku??

Tuhan.. ampunilah aku..

Terimalah taubatku..

Oh Tuhan..

Aku tahu aku tidak layak untuk meminta yang terbaik buat diriku,

Kerana aku sedar aku ini hina..

Aku dha’if..

Aku jahil..

Aku terlalu terpesona dengan pujukan dunia yang melalaikan,

Akan tetapi..

Sejak kehadiran insan itu,

Hatiku berbelah bagi..

Apakah layak diriku untuknya??

Dia terlalu mulia dan suci..

Jika ingin dibanding dengan diriku yang hina dan kotor ini..

Bukankah telah Kau catatkan..

Dalam kitab suciMu..

“wanita yang baik itu untuk laki-laki yang baik dan sebaliknya”

surah an-Nur ayat 26..

Sedang aku??

Aku tahu aku tidak mungkin tergolong dalam golongan itu..

Ya Rabbana..

Aku menyukai insan itu,

Namun seandainya dia bukan tercipta untuk diriku..

Cukuplah cintaMu menjadi penawar hatiku..

Pasrahkanlah hatiku ya Tuhan..

Lenyapkanlah perasaanku terhadap insan bernama manusia itu..

Kau penuhilah hatiku dengan cahaya keimanan kepadaMu..

Terangilah jiwaku dengan rahmatMu..

Belailah perasaanku dengan kasih sayangMu dan ketaqwaan kepadaMu..

Dan hiasilah peribadiku dan hatiku dengan perasaan cinta kepadaMu..

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku inginkan

Dari air yang dingin..

Robbana zolamna anfusana wa in lam taghfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khosirin..

Aku tahu Kau sentiasa berasama-samaku Tuhan..

Ikhlas dari..

Aqi..