Assalamualaikum sebagai pembuka bicara..ana mulakan dengan lafaz bismillahirrahmaanirrahiim…dan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Ini merupakan perbincangan pertama dari ana sendiri buat tatapan semua viewers blog ana yg tak seberapa ni..topik yang akan ana ketengahkan ialah soal cinta remaja…I mean cinta sebelum kahwin or lebih molek lagi dipanggil ‘bercouple’..
Istilah ‘couple’ ni bermaksud pasangan. Dan hukum berpasangan itu tidak salah malah amat digalakkan bagi seluruh umat manusia. Couple yang amat digalakkan dalam islam ialah dengan berkahwin..seperti sabda berikut:
Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bagi dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah).
So, kenapa ada yang katakan bercouple ni haram????agak2 antum sume nape ianya jadi haram?? Yang dimaksudkan dengan haram bercouple ialah bercouple sebelum kahwin. Kenapa haram?? Couple sebelum kahwin menjadi haram kerana boleh mengundang berbagai-bagai maksiat dan yang lebih menakutkan boleh menyumbang kepada zina baik yang kita perasan ataupun tidak…fuhh takutnya… Islam sendiri menganjurkan cinta selepas kahwin..ini bertujuan untuk mengelakkan fitnah di samping memelihara kesucian pasangan tersebut. Nabi kita sendiri bercinta selepas kahwin..zaman dulu2 mana ada kapel2 ni…zaman la ni je yang pandai2 jadikan couple tu sebagai trend. Kalau tak dikata ketinggalan zaman… uish macam ne la umat Islam nak maju kalau hari2 dikelilingi dengan trend2 yang ntah pape ni…
Actually all of u dah tau hukum couple sebelum kahwin ni
1. Dah tahu sebagai umat Islam wajib menutup aurat tapi masih ada yang mendedahkan aurat mereka..
2. Kalau bagi yang bertudung, dah cantikla tu bertudung tapi bertudung sekadar menutup kepala sahaja dengan alasan ‘bukanke pakai tudung tu dah tutup aurat??’ betul la tu pakai tudung tu untuk tutup aurat RAMBUT KITA TU. Tapi macam mana dengan aurat yang len2?? Hihi kene piker gak tuh..
3. Orang la ni pakai baju macam tak pakai baju..bak kata orang pakai baju macam telanjang..nak tau nape ana cakap macam ni?? Ye la..
4. Ha…yang satu ni ana cukup menyampah.. maaf terus terang ana katakana.. pakai tudung dah betul, baju dah betul tapi yang dok berkepit dengan jantan tu wat pa..rosak habeh..
Selain dari aurat, boleh juga ana bandingkan dengan solat..
1. Semua umat Islam tahu solat tu tiang agama( rukun Islam kedua) tapi rata2 umat Islam sekarang masih ramai yang meninggalkan solat.
2. Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di dalam kubur. That’s why la Allah rahsiakan bila berlakunya hari kiamat.
Tujuannya nk lihat berapa ramai yang mengingati Allah baik dalam kesusahan ataupun kesenangan. Berapa ramai yang menjaga solat mereka..rata2 kalau ana bagi statistik dalam 1 juta orang yang berjaya dalam hidup mereka dan hidup kaya-raya, berapa percent je yang sujud syukur setiap kali dapat kejayaan?? Berapa percent yang tak tinggal solat??
Think it wisely..if Tuhan bagi tahu la
Tuhan tu Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Dia sentiasa mengingati hamba-hambaNya. Tapi kita ni bila je dok ingat kat Dia?? Bila sedih, kecewa, frust nonggeng coz putus cinta baru la dok cari sejadah..ada yang sampai sejadahnya dah berdebu..astaghfirullahal ‘azim.. Ingatilah Allah nescaya Allah akan mengingatimu. Allah tak pernah tinggalkan hamba-hambaNya walaupun manusia selalu tinggalkan Dia. Sebab tulah kita tengok sekarang walaupun orang tu wat jahat hidup dia tetap senang. Tu maknanya Allah masih beri dia peluang untuk sedar dan bertaubat. Malah Allah lah yang paling hampir dengan kita. Dekatnya Allah itu lebih dekat dari urat nadi.
Macam tu juga dengan cinta. Cinta tu tak salah..malah cinta adalah fitrah..dah memang menjadi fitrah manusia ingin mencinta dan dicintai. Allah lah yang menjadikan cinta. Tapi kene tengok gak cinta yang macam mana tu.. berbalik kepada couple sebelum kahwin tadi.. ianya jadi haram sebab boleh mendatangkan bermacam-macam zina dan banyak datangkan keburukan dari kebaikan. Memanglah ada yang kata dengan ‘bercouple’ ni kita akan dapat mengenal hati budi pasangan kita dengan lebih dekat sebelum melangkah ke alam rumah tangga.. tapi pernah tak fikir keburukan bercouple sebelum kahwin ni?? Islam sendiri menganjurkan bercinta selepas kahwin. Nak tau kenapa?? Ha..ni sebabnya… jeng jeng jeng…
‘ adat bercinta…. Bila dah kenal mula nak men mesej. So, mintakla no tepon. Bila da men mesej teringin nak dengar suara la pulak.. pastu menla calling2..bila da call teringin nak tengok dekat2..nk jumpala tu..bila dah jumpa???? Hihihihi agak2 antum sume..bila dah jumpa apa jadi?? Maka jadilah bermacam2 maksiat..mula2 sampai tu memangla dok jauh2… malulah konon..pastu dah lame2 rapat sket..makin lame makin rapat…bila dah rapat, tangan mula merayap. Mulalah dok raba
Bukan tujuan ana nak memburuk-burukkan seseorang. Tapi kita ada mata tengok, ada akal fikir. Boleh fikir mana baik mana buruk. Rata-rata yang bercinta sebelum kahwin ni majoritinya banyak yang hanyut dan hancus. Mula-mula je kata nak kenal hati budi.. pastu menyempang jauh tu ape ke hei nye…kalau yang kuat iman tu mungkinlah dapat elakkan zina2 luaran tu..tapi ada satu zina ni yang kita kadang-kadang terlepas pandang dan tak sedar bila ianya hadir. Itulah yang dinamakan ZINA HATI. Hihi saja je ana highlightkan word tu.. Apa itu zina hati?? Kebanyakkan tau cakap je tapi tak tau ape sebenarnya zina hati. Zina hati ni terjadi apabila kita merindui dan membayangi seseorang lebih dari sepatutnya. Kat sini kita focus makwe/pakwe la.. ada individu2 yang mempertikaikan soal merindui dan mengingati ni.
Islam ni bukan agama yang memaksa dan teruk sangat sampai kita tak boleh nak berseronok langsung, bergembira, or doing something to have fun..24 jam kene dok atas sejadah je.. bukan!! Tolongla..sape yang ada berfikiran sebegitu cepat2 buang jauh2. islam tak pernah larang kita bergembira tapi macam yang ana cakap tadilah.. biar berpada.. dan apa pun perkara yang dilakukan mesti lillahi ta’ala dan Allah is the first. Barulah setiap pekerjaan/ perkara yang kita wat Allah redha. Selain tu dapat juga memberi kepuasan kepada diri kita. Berbalik pada perkara tadi. Jadikan Allah sebagai perkara utama dan Nabi sebagai idol even dalam bercinta sekalipun. Bila kita meletakkan Allah sebagai yang utama dalam semua perkara, selain dapat redha dapat juga elakkan diri kita dari melakukan perkara-perkara yang terlarang dan dilarang. Contohnyalah
“Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka.....”
( surah an-Nur ayat 31 ).
Bukan wanita je ye..laki pun sama..seperti nasihat Rasulullah s.a.w. kepada saidina Ali krmwjh:
Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )
Tapi ada yang kata dari mata turun ke hati. Camne tu?? Hihi memanglah dari mata turun ke hati. Tapi tak sume macam tu
Huhuhuhu.. bunyi macam kelakar je. Ape tu zina tangan? Ha.. jangan tak tau, tangan pun boleh berzina tau. Zina tangan terjadi apabila seseorang itu sama ada lelaki/perempuan menyentuh orang yang bukan mahramnya. Means, sentuh dengan sengaja tanpa berlapik! Seorang lelaki tu lebih mulia apabila menyentuh khinzir daripada menyentuh kulit wanita2 yang bukan muhrimnya. Lihat sendiri, bagaimana hinanya apabila bersentuhan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim hinggakan khinzir pun lebih mulia. Jelaslah di sini, sudah terang lagi bersuluh bak kata orang. Dah jelas2 Allah mengharamkan lelaki/wanita bersentuhan dengan sengaja tanpa berlapik. Jangan ingat kalau berlapik kita boleh sentuh sesuka hati! Selagi tak ada ikatan yang sah jangan dok gatai tangan tu. Bukan yang bercouple je, kawan2 pun same!!!!!! Igat tu. Yang ketiga, kita dapat juga elakkan zina telinga dan mulut. Aha.. jangan tak tau mulut dan telinga pun pandai berzina tau. Contoh zina mulut seperti bercumbuan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Contoh zina telinga pula seperti mendengar kata2 yang boleh menyumbang kearah maksiat/ bertentangan dengan akidah islam. Contohnya, si ‘abang’ kata kat ‘sayang’ die, “ I sayang you lebih dari nyawa I sendiri tau.” Hihi.. geli?? Jangan nak geli2. korang pun penah bersayang2 gak
Itulah antara zina2 yang bakal berlaku dengan bercouple sebelum kahwin ni. Oleh itu, kalau benar kita ingin bercinta sebelum kahwin, kita berdoalah pada Allah. Amalkan doa ni.
" Ya Allah, Kurniailah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah. Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu. Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi. Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa :
" Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"
"if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak.
Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri. Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.
Lantas marilah kita bersama membina hubungan cinta makhluk kepada Khaliknya (Pencipta) dengan erti percintaan yang sebenar, Kalau inginkan kebahagiaan carilah cinta yang hakiki kepada Allah terlebih dahulu bukan kepada makhluk, seperti kata hikmah :
"cinta kepada bunga, bunga akan layu, cinta kepada manusia, manusia akan mati, sebaliknya cinta kepada Ilahi kekal abadi"...
fikirlah.
Ma`assalaamah
SEKIRANYA ADA TERLANJUR BICARA ANA DAHULUI DENGAN RIBUAN AMPUN DAN MAAF. ARTIKEL INI SEKADAR RENUNGAN DAN TIADA KAITAN UNTUK MENYINDIR MANA-MANA PIHAK SAMA ADA SENGAJA ATAU TIDAK DISENGAJAKAN.
SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU SEMUA DATANGNYA DARI ALLAH DAN YANG BURUK ITU SEMESTINYA DATANG DARI ANA YANG DHA’IF LAGI HINA.SEMOGA KITA SEMUA DILIMPAHKAN RAHMAT DAN KEREDHAAN DARI TUHAN..ALLAH ITU SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG MEMPERJUANGKAN HAK-NYA.. WALLAHU A’LAM BISSAWAB..

