Sunday, February 3, 2008

Hidup jangan menyerah kalah dan berputus harap

"Allah tidak akan menguji manusia lebih daripada yang mampu ditanggungnya. Dia lebih menyayangi hamba ciptaanNya ini lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri."

Sebuah kisah untuk renungan,agar kita tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa dengan rahmat Ilahi.

Seorang anak kapal tersadai seorang diri di sebuah pulau. Dia telah mendirikan sebuah pondok dan berdoa setiap hari selama berbulan-bulan lamanya supaya akan ada orang yang menemuinya. Dia percaya dengan sepenuh hatinya bahawa Tuhan akan mendengar doanya itu. Sehingga pada suatu hari bekalan makanannya habis dan dia terpaksa masuk kedalam perut hutan. Si anak kapal ini tetap bersabar dengan hujan panas serta rebut petir yang melanda.

Sekembalinya, pondok didiaminya telah hangus terbakar. Pada saat itu, dia begitu marah dan bertanya kenapa Tuhan memperlakukannya sedemikian rupa disebalik kesabarannya dengan ujian Tuhan.

Keesokkan harinya, ada sebuah bot kecil menghampiri tepian dn dia menjerit serta melambai-lambai kearahnya. Akhirnya,dia berjaya diselamatkan. Anak kapal tadi bertanyakan pemilik bot, bagaimana dia boleh menjumpainya. Jawabnya, "semalam, saya ternampak asap (dari pondok yang terbakar).

" Orang yang yakin dan penuh harap akan nampak ros dan bukan durinya. Tetapi mereka yang putus harap selalu akan nampak duri dan tidak bunga rosnya"

- sasterawan agung Khalil Gibran.

"Apabila Allah cepat memakbulkan doamu,maka Dia menyayangimu, bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka dia ingin mengujimu, bila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik."

Suka dan duka silih berganti umpama sesetia malam kepada siang. Kedua-duanya pasti ada. Oleh itu……jangan berputus harap dan menyerah kalah selagi nafas kita belum ditakdirkan berakhir dihujung nyawa. Yakinlah Allah bersama-sama hambaNya yang sabar dan bersyukur. ~cahayakuiman~